Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَكْعَتَانِ بَعْدَ الْعِشَاءِ بِالإِخْلاصِ عِشْرِينَ مرّة.
Teks Bahasa Melayu
Dua rakaat selepas Isyak dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak dua puluh kali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فيه أبو سليمان يكذب.
Di dalam hadith ini terdapat Abu Sulaiman. Beliau banyak berdusta.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman