Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Dua rakaat pada malam khamis yang dilakukan di antara maghrib dan isyak

Teks Bahasa Arab

رَكْعَتَانِ لَيْلَة الْخَمِيس بَين الْمغرب وَالْعشَاء بِآيَة الْكُرْسِيّ وَالْإِخْلَاص والكافرون والمعوذتين كل خمس مَرَّات تؤديان حق الْوَالِدين وَإِن لم يَبرهُمَا.

Teks Bahasa Melayu

Dua rakaat pada malam khamis yang dilakukan di antara maghrib dan isyak dengan membaca ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Kafirun dan al-Mu’awwizatain sebanyak lima kali, maka ia sudah memadai dan dianggap telah menunaikan hak kedua ibu bapa walaupun dia tidak pernah berbuat baik kepada mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه عاصم بن مضرس متروك.

Di dalam sanad hadith ini terdapat ‘Asim bin Mudras. Beliau adalah seorang perawi matruk.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.