Dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca dua puluh lima kali surah al-Ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ركعتان ليلة الجمعة، بخمس وعشرين الإخلاص، بعد السلام يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم ألف مرة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca dua puluh lima kali surah al-Ikhlas, selepas memberi salam berselawat kepada Nabi SAW sebanyak seribu kali.


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 59, hadis nombor 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


لا يصح: فيه مجاهيل.

Hadith ini tidak sahih, padanya terdapat para perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs