TEKS BAHASA ARAB
حديث: ركعتان من المتأهل خير من اثنين وثمانين ركعة من العزب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Dua rakaat orang yang berkeluarga lebih baik berbanding 82 rakaat orang yang bujang.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 90, hadis nombor 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أنه منكر، كما قال ابن حجر، وقال غيره: باطل، ومن المعلوم إن الباطل لا يتقوى بالباطل.
Ia munkar sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar. Ulama selain beliau pula berkata: Batil.
Sudah maklum bahawa riwayat yang batil tidak boleh dikuatkan dengan riwayat yang batil.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.