Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: رَكْعَتَانِ مِنَ الْمُتَأَهِّلِ، خَيْرٌ مِنَ اثْنَتَيْنِ وَثَمَانِينَ رَكْعَةً مِنَ الْعَزْبِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Dua rakaat orang yang berkeluarga lebih baik berbanding 82 rakaat orang yang bujang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 90, hadis no. 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أنه منكر، كما قال ابن حجر، وقال غيره: باطل، ومن المعلوم إن الباطل لا يتقوى بالباطل.
Ia munkar sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar. Ulama selain beliau pula berkata: Batil. Sudah maklum bahawa riwayat yang batil tidak boleh dikuatkan dengan riwayat yang batil.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman