TEKS BAHASA ARAB
ركعتان من رجل ورع خير من ألف ركعة من مخلط.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua rakaat oleh seorang lelaki yang warak (meninggalkan syubhah) lebih baik daripada 1000 rakaat oleh seorang lelaki yang bercampur aduk (amalan baik dan buruk).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis nombor 10133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: #ركعتان من رجل ورع خير من ألف ركعة من مخلط.
[فر، ((الضعيفة)) (3646)]
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua rakaat oleh seorang lelaki yang warak (meninggalkan syubhah) lebih baik daripada 1000 rakaat oleh seorang lelaki yang bercampur aduk (amalan baik dan buruk).
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3646]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.