Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَعْقَلَ النَّصَارَى فِي دُنْيَاهُمْ؟ فَقَالَ: مَهْ، فَإِنَّ ابْنَ مَسْعُودٍ كَانَ يَنْهَانَا أَنْ نُسَمِّيَ الْكَافِرَ عَاقِلا. وَمِنْهَا: رَكْعَتَانِ مِنَ الْعَاقِلِ أَفْضَلُ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً من الْجَاهِل وَلَو قلت سبع مئة رَكْعَةٍ لَكَانَ كَذَلِكَ. وَمِنْهَا: أَنَّ عَدِيَّ بْنَ حَاتِم أطرى أَبَاهُ، وَذكر من سُؤْدُدَهُ وَشَرَفَهُ وَعَقْلَهُ، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّرَفَ وَالسُّؤْدُدَ وَالْعَقْلَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لِلْعَامِلِ بِطَاعَةِ اللَّهِ، فَقَالَ عَدِيٌّ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ كَانَ يَقْرِي الضَّيْفَ، وَيُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَيَصِلُ الأَرْحَامَ، وَيُعِينُ فِي النَّوَائِبِ، وَيَفْعَلُ وَيَفْعَلُ، فَهَلْ يَنْفَعُهُ ذَلِكَ شَيْئًا؟ قَالَ: لَا، لأَنَّ أَبَاكَ لَمْ يَقُلْ قَطُّ: رَبِّ اغْفِرْ لي خطيئتي يَوْم الدّين.
Teks Bahasa Melayu
Cerdiknya orang Kristian dalam urusan dunia mereka!. Lalu dia berkata: "Cukuplah! Sesungguhnya Ibn Mas’ud melarang kami daripada memanggil seorang kafir dengan panggilan cerdik.” Antaranya lagi: Dua rakaat daripada seorang yang cerdik lebih bagus daripada tujuh puluh rakaat orang yang jahil dan jika kamu katakan tujuh ratus rakaat, ia akan jadi begitu”. Antaranya lagi: Bahawa Adi bin Hatim telah memuji bapanya dan dia telah menyebut ketuanan, kemuliaannya, kecerdikannya. Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya kemuliaan, ketuanan dan kecerdikan di dunia dan akhirat adalah untuk mereka yang beramal dengan mentaati Allah, lalu Adi berkata: Ya Rasulullah! Sesungguhnya dia dahulu memuliakan tetamu, menjamu makanan, menghubungkan silaturahim, membantu dalam musibah, dia buat itu, dia buat ini. Maka adakah perkara-perkara tersebut dapat memberi manfaat untuknya? Baginda bersabda: Tidak, kerana bapamu tidak pernah langsung mengucapkan: Tuhanku, ampunkanlah kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan”.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 256-257, hadis no. 457. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dan Sulaiman bin Isa telah memalsukan sebanyak 20 lebih hadis, antaranya: Dikatakan kepada Alqamah: "Cerdiknya orang Kristian dalam urusan dunia mereka!" Lalu dia berkata: "Cukuplah! Sesungguhnya Ibn Mas’ud melarang kami daripada memanggil seorang kafir dengan panggilan cerdik.” Antaranya lagi: Dua rakaat daripada seorang yang cerdik lebih bagus daripada tujuh puluh rakaat orang yang jahil dan jika kamu katakan tujuh ratus rakaat, ia akan jadi begitu”. Antaranya lagi: Bahawa Adi bin Hatim telah memuji bapanya dan dia telah menyebut ketuanan, kemuliaannya, kecerdikannya. Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya kemuliaan, ketuanan dan kecerdikan di dunia dan akhirat adalah untuk mereka yang beramal dengan mentaati Allah, lalu Adi berkata: Ya Rasulullah! Sesungguhnya dia dahulu memuliakan tetamu, menjamu makanan, menghubungkan silaturahim, membantu dalam musibah, dia buat itu, dia buat ini. Maka adakah perkara-perkara tersebut dapat memberi manfaat untuknya? Baginda bersabda: Tidak, kerana bapamu tidak pernah langsung mengucapkan: Tuhanku, ampunkanlah kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan”.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman