TEKS BAHASA ARAB
عشرين ركعة بالإخلاص والمعوذتين مرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua puluh rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas dan al-Muaw’izatain sekali.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المختصر عشرين ركعة بالإخلاص والمعوذتين مرة ضعيف وروى أبو موسى ست ركعات وأربعا والكل ضعيف.
Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
“Dua puluh rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas dan al-Muaw’izatain (Surah al-Falaq dan al-Nas) sekali.”
Ia adalah hadith yang lemah. Abu Musa meriwayatkan enam dan empat rakaat. Semua riwayat tersebut adalah hadith yang lemah.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.