Dua pintu yang terbuka di syurga: Abbadan dan Qazwin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: بابان مفتوحان في الجنة: عبادان وقزوين، وأول بقعة آمنت بمحمد صلى الله عليه وآله وسلم عبادان، وأول بقعة آمنت بعيسى ين مريم نصيبين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Dua pintu yang terbuka di syurga: Abbadan dan Qazwin. Tempat pertama yang beriman dengan Nabi Muhammad SAW adalah Abbadan, manakala tempat yang pertama beriman dengan Isa bin Maryam Nasibin.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: متهم.

Dalam sanadnya ada perawi yang dituduh berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs