Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua perkataan yang dikatakan oleh Firaun

Teks Bahasa Arab

كلمتانِ قالهما فرعونُ: { مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي } إلى قوله: { أّنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى }؛ كان بينهما أربعونَ عامًا، { فَأَخَذَهُ اللهُ نَكَالَ الآَخِرَةِ وَالْأُولَى }.

Teks Bahasa Melayu

Dua perkataan yang dikatakan oleh Firaun: ﴾Aku tidak mengetahui bagi kalian ada Tuhan selain aku﴿ sehingga ayat: ﴾ Akulah tuhanmu yang paling tinggi﴿, tempoh di antara mereka itu adalah selama 40 tahun. ﴾Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia﴿.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis no. 10180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: كلمتان قالهما فرعون: ﴿ ماَ عَلِمتُ لَكُم مِّن إِلَهٍ غَيْرِى ﴾ إلى قوله: ﴿ أَنَاْ رَبُّكُمُ ﭐلْأَعْلَى ﴾، كان بينهما أربعون عاما، ﴿ فَأَخَذَهُ ﭐلَّلهُ نَكَالَ ﭐلْأَخِرَةِ وَ ﭐلْأُولى ﴾. [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4117)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua perkataan yang dikatakan oleh Firaun: ﴾Aku tidak mengetahui bagi kalian ada Tuhan selain aku﴿ sehingga ayat: ﴾ Akulah tuhanmu yang paling tinggi﴿, tempoh di antara mereka itu adalah selama 40 tahun. ﴾Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia﴿. [Riwayat Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4117]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.