Dua perkara yang tidak halal untuk dihalang penggunaannya: Air dan juga api

TEKS BAHASA ARAB

خصلتان لا يحل منعهما: الماء والنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara yang tidak halal untuk dihalang penggunaannya: Air dan juga api.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis nombor 349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌خصلتان ‌لا ‌يحل ‌منعهما: ‌الماء ‌والنار)).
[طص، البزار، ((الضعيفة)) (‌‌3546)]

(Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: “Dua perkara yang tidak halal untuk dihalang penggunaannya: Air dan juga api.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Bazzār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3546).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs