Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَيْئَانِ لَا أذكر فِيهِمَا: الذَّبيحَةُ وَالْعُطَاسُ هُمَا مُخْلَصَانِ لله.
Teks Bahasa Melayu
Dua perkara yang tidak disebutkan namaku ketika melakukan keduanya, iaitu ketika sembelih dan ketika bersin. Kedua-duanya adalah hanya khusus kepada Allah.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 246. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta, juga hadith tersebut jelas batil tanpa syak lagi kebatilannya bagi sesiapa yang mendengarnya hadith tersebut.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman