Dua perkara yang berharga

TEKS BAHASA ARAB

الثقلان: كتاب الله، طرف بيد الله – عز وجل – وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا، والآخر عترتي، وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم فهم أعلم منكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara yang berharga: Pertama – Kitabullah: Sebahagiannya masih di tangan Allah ‘Azza wa Jalla dan sebahagian lain telah berada di tangan kalian. Berpeganglah pada ia dan kalian tidak akan sesat. Kedua – keturunanku. Sesungguhnya (Allah) Yang Maha Lemah Lembut dan Yang Maha Sedia Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-dua ini (Kitabullah dan keturunanku) tidak akan berpisah sehinggalah keduanya dikembalikan kepadaku di telaga kelak (al-Haudh). Akulah yang telah meminta keduanya dari Tuhanku. Usah kalian mendahului keduanya atau kalian akan binasa. Usah kalian cuai dari keduanya atau kalian akan binasa, usah kalian ajar mereka (keturunanku), mereka lebih mengetahui berbanding kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1868, hadis nombor 9419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه -، مرفوعا: ((الثقلان: كتاب الله، طرف بيد الله – عز وجل – وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا، والآخر عترتي، وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم فهم أعلم منكم)). [طب، ((الضعيفة)) (4914)]

(Lemah) Dari Zaid bin Arqam RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua perkara yang berharga: Pertama – Kitabullah: Sebahagiannya masih di tangan Allah ‘Azza wa Jalla dan sebahagian lain telah berada di tangan kalian. Berpeganglah pada ia dan kalian tidak akan sesat. Kedua – keturunanku. Sesungguhnya (Allah) Yang Maha Lemah Lembut dan Yang Maha Sedia Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-dua ini (Kitabullah dan keturunanku) tidak akan berpisah sehinggalah keduanya dikembalikan kepadaku di telaga kelak (al-Haudh). Akulah yang telah meminta keduanya dari Tuhanku. Usah kalian mendahului keduanya atau kalian akan binasa. Usah kalian cuai dari keduanya atau kalian akan binasa, usah kalian ajar mereka (keturunanku), mereka lebih mengetahui berbanding kalian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4914]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs