Dua perkara yang berat iaitu: Kitab Allah dan keluargaku

TEKS BAHASA ARAB

الثقلان: كتاب الله: طرف بيد الله عز وجل، وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا. والآخر عترتي. وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم؛ فهم أعلم منكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara yang berat iaitu: Kitab Allah yang satu hujungnya berada di tangan Allah ‘azza wa jalla dan satu hujung lagi berada di tangan-tangan kamu, peganglah ia, kamu tidak akan tersesat. Satu lagi pula adalah keluargaku, sesungguhnya Allah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan pernah terpisah hinggalah kedua-duanya bertemu denganku di telaga. Aku pun bertanya tentang keduanya kepada Tuhanku. Oleh itu, janganlah kamu mendahulukan yang lain melebihi keduanya kerana boleh menyebabkan kamu binasa dan janganlah kamu mengurangi keduanya yang juga boleh menyebabkan kamu binasa. Janganlah juga kamu mengajari mereka kerana mereka lebih tahu berbanding kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344, hadis nombor 6869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أرقم رضي الله عنه، مرفوعا: الثقلان: كتاب الله: طرف بيد الله عز وجل، وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا. والآخر عترتي. وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم؛ فهم أعلم منكم.
[طب، ((الضعيفة)) (4914)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua perkara yang berat iaitu: Kitab Allah yang satu hujungnya berada di tangan Allah ‘azza wa jalla dan satu hujung lagi berada di tangan-tangan kamu, peganglah ia, kamu tidak akan tersesat. Satu lagi pula adalah keluargaku, sesungguhnya Allah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan pernah terpisah hinggalah kedua-duanya bertemu denganku di telaga. Aku pun bertanya tentang keduanya kepada Tuhanku. Oleh itu, janganlah kamu mendahulukan yang lain melebihi keduanya kerana boleh menyebabkan kamu binasa dan janganlah kamu mengurangi keduanya yang juga boleh menyebabkan kamu binasa. Janganlah juga kamu mengajari mereka kerana mereka lebih tahu berbanding kamu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4914]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs