Dua perkara yang aku tidak sebutkan tentangnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شيئان لا أذكر فيهما: الذبيحة والعطاس، هما مخلصان لله تبارك وتعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara yang aku tidak sebutkan tentangnya: Ketika menyembelih dan ketika bersin. Keduanya adalah semata-mata kerana Allah tabaraka wa ta‘ala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis nombor 10137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: شيئان لا أذكر فيهما: الذبيحة والعطاس، هما مخلصان لله تبارك وتعالى.
[فر، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (3749)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua perkara yang aku tidak sebutkan tentangnya: Ketika menyembelih dan ketika bersin. Keduanya adalah semata-mata kerana Allah tabaraka wa ta‘ala.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3749]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.