Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي درهم من حلال، أو أخ يوثق به.
Teks Bahasa Melayu
Perkara paling sedikit yang boleh ditemui di akhir zaman pada umatku adalah dirham (harta) yang halal dan saudara yang boleh dipercayai.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis no. 6756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما رفعه: أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي درهم من حلال، أو أخ يوثق به. [عد، ((الضعيفة)) (2867)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Benda paling sedikit yang boleh ditemui di akhir zaman pada umatku adalah dirham (harta) yang halal dan saudara yang boleh dipercayai.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2867]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman