Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَيئانِ لا أذْكَرُ فيهما: الذَّبيحةُ والعُطاسُ، هما مخلَصَانِ للهِ - تبارَك وتعالَى-.
Teks Bahasa Melayu
Dua perkara yang namaku tidak disebut padanya iaitu sembelihan dan bersin, kedua-duanya semata-mata untuk Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis no. 7457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((شيئان لا أذكر فيهما: الذبيحة والعطاس، هما مخلصان لله - تبارك وتعالى-)). [ فر، ((الضعيفة)) (3749)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua perkara yang namaku tidak disebut padanya iaitu sembelihan dan bersin, kedua-duanya semata-mata untuk Allah. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3749]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman