Dua orang yang lemah boleh mengalahkan seorang yang kuat

TEKS BAHASA ARAB

ضعيفان يغلبان قويا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua orang yang lemah boleh mengalahkan seorang yang kuat.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 53, hadis nombor 211. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

مثل، أو شعر، وليس بحديث.

Perumpamaan atau syair dan bukannya hadith (Termasuklah: “Kami tidak berlawan dengan seorang teman serumah kerana dua orang yang lemah boleh mengalahkan seorang yang kuat”).

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon