Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَعِيفَانِ يَغْلِبَانِ قَوِيًّا.
Teks Bahasa Melayu
Dua orang yang lemah boleh mengalahkan seorang yang kuat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 53, hadis no. 211. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
مثل، أو شعر، وليس بحديث.
Perumpamaan atau syair dan bukannya hadith (Termasuklah: "Kami tidak berlawan dengan seorang teman serumah kerana dua orang yang lemah boleh mengalahkan seorang yang kuat").
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman