Dua orang yang beriman bertemu di hadapan pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

التقى مؤمنان على باب الجنة مؤمن غني ومؤمن فقير كانا في الدنيا، فأدخل الفقير الجنة وحبس الغني ما شاء الله أن يحبس ثم أدخل الجنة، فلقيه الفقير فقال: أي أخي ماذا حبسك؟ والله لقد حبست حتى خفت عليك. فيقول: أي أخي إني حبست بعدك محبسا فظيعا كريها وما وصلت إليك حتى سال مني من العرق ما لو ورده ألف بعير كلها آكلة حمض لصدرت عنه رواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua orang beriman yang bertemu di hadapan pintu syurga, kedua-duanya ialah seorang mukmin yang kaya dan seorang mukmin yang miskin di dunia. Orang yang miskin itu dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang kaya itu dihalang dengan apa yang ingin Allah halangi. Kemudian, orang yang kaya tersebut dimasukkan ke dalam syurga, lalu dia bertemu dengan orang yang miskin tersebut. Orang yang miskin itu berkata: Wahai saudaraku! Dengan apakah Allah menghalang kamu? Demi Allah, kamu telah dihalang sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku telah dihalang selepas daripada kamu (masuk syurga) dengan penjara yang ngeri lagi menyakitkan. Aku tidak akan sampai kepada kamu sehingga bercucuran peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis nombor 10425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: التقى مؤمنان على باب الجنة: مؤمن غني ومؤمن فقير كانا في الدنيا، فأدخل الفقير الجنة، وحبس الغني ما شاء الله أن يحبس؛ ثم أدخل الجنة، فلقيه الفقير فقال: أي أخي ماذا حبسك؟ والله لقد حبست حتى خفت عليك! فيقول: أي أخي! إني حبست بعدك محبسا فظيعا كريها، وما وصلت إليك حتى سال مني من العرق ما لو ورده ألف بعير؛ كلها آكلة حمض؛ لصدرت عنه رواء.
[حم، ((الضعيفة)) (6779)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua orang beriman yang bertemu di hadapan pintu syurga, kedua-duanya ialah seorang mukmin yang kaya dan seorang mukmin yang miskin di dunia. Orang yang miskin itu dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang kaya itu dihalang dengan apa yang ingin Allah halangi. Kemudian, orang yang kaya tersebut dimasukkan ke dalam syurga, lalu dia bertemu dengan orang yang miskin tersebut. Orang yang miskin itu berkata: Wahai saudaraku! Dengan apakah Allah menghalang kamu? Demi Allah, kamu telah dihalang sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku telah dihalang selepas daripada kamu (masuk syurga) dengan penjara yang ngeri lagi menyakitkan. Aku tidak akan sampai kepada kamu sehingga bercucuran peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6779]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs