TEKS BAHASA ARAB
سيدرك رجلان من أمتي عيسى ابن مريم، ويشهدان قتال الدجال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua orang lelaki dalam kalangan umatku akan bertemu Isa Ibn Maryam; Kedua-duanya akan menyaksikan pembunuhan al-Dajjal.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis nombor 6802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: سيدرك رجلان من أمتي عيسى ابن مريم، ويشهدان قتال الدجال.
[ك، فر، ((الضعيفة)) (3716)]
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua orang lelaki dalam kalangan umatku akan bertemu Isa Ibn Maryam; Kedua-duanya akan menyaksikan pembunuhan al-Dajjal.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3716]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.