Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيُدْرِكُ رجلَان من أمَّتِي عيسى ابن مريم، ويَشْهَدَانِ قِتَالَ الَّدجَّال.
Teks Bahasa Melayu
Dua orang lelaki dalam kalangan umatku akan bertemu Isa Ibn Maryam; Kedua-duanya akan menyaksikan pembunuhan al-Dajjal.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: سيدرك رجلان من أمتي عيسى ابن مريم، ويشهدان قتال الدجال. [ك، فر، ((الضعيفة)) (3716)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua orang lelaki dalam kalangan umatku akan bertemu Isa Ibn Maryam; Kedua-duanya akan menyaksikan pembunuhan al-Dajjal. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3716]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman