Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أميرانِ وليسا بأميرينِ : الرجلُ يتبعُ الجنازةَ فلا ينصرفُ حتى يستأذنَ، والمرأةُ تكونُ مع القومِ فتحيضُ فلا ينفرُوا حتى تطهُرَ.
Teks Bahasa Melayu
Dua orang ketua yang mana mereka bukanlah seorang pemimpin: (Iaitu) seorang lelaki yang mengiringi jenazah, maka janganlah dia beredar sehingga dia meminta izin. Serta seorang perempuan yang bersama dengan sebuah kaum, lalu dia haid. Janganlah mereka beredar sehingga dia kembali suci.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis no. 1048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أميران وليسا بأميرين: الرجل يتبع الجنازة فلا ينصرف حتى يستأذن، والمرأة تكون مع القوم فتحيض فلا ينفروا حتى تطهر)). [عق، ((الضعيفة)) (2982)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua orang ketua yang mana mereka bukanlah seorang pemimpin: (Iaitu) seorang lelaki yang mengiringi jenazah, maka janganlah dia beredar sehingga dia meminta izin. Serta seorang perempuan yang bersama dengan sebuah kaum, lalu dia haid. Janganlah mereka beredar sehingga dia kembali suci. [Riwayat al-’Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2942]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman