Dua orang dan ke atas dikira sebagai berjemaah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الاثْنَانِ فَمَا فَوْقَهُمَا: جَمَاعَةٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dua orang dan ke atas dikira berjemaah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 32, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: في إسناده الربيع بن بدر وهو ضعيف لكن له شاهد.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Rabi’ bin Badr dan dia adalah seorang perawi yang dhaif tetapi terdapat hadith sokongan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.