Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua orang dan ke atas dikira sebagai berjemaah

Teks Bahasa Arab

حديث: الاثْنَانِ فَمَا فَوْقَهُمَا: جَمَاعَةٌ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Dua orang dan ke atas dikira berjemaah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 32, hadis no. 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: في إسناده الربيع بن بدر وهو ضعيف لكن له شاهد.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Rabi’ bin Badr dan dia adalah seorang perawi yang daif tetapi terdapat hadith sokongan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.