TEKS BAHASA ARAB
الاثنان فما فوقهما جماعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua orang dan ke atas dikira jemaah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المقاصد «الاثنان فما فوقهما جماعة» أخرجه جماعة من حديث الربيع بن بدر وهو ضعيف لكن له شواهد، واستعمله البخاري ترجمة فاستفيد منه ورود الحديث في الجملة.
Di dalam kitab al-Maqasid:
“Dua orang dan ke atas dikira jemaah.”
Ia diriwayatkan oleh kebanyakan ulama daripada hadith al-Rabi’ bin Badr. Ia adalah hadith yang lemah akan tetapi ia mempunyai syawahid (riwayat sokongan). Imam al-Bukhari menggunakan hadith ini sebagai tarjamatul bab dan mengambil faedah daripada hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.