Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَربتانِ في شربةٍ، وإدامانِ في قدحٍ؟! لا حاجةَ لي فيهِ، أما إني لا أزعمُ أنهُ حرامٌ، ولكني أكرهُ أنْ يسألَني اللهُ عنْ فضولِ الدنيا يومَ القيامةِ، أتواضعُ للهِ، فمنْ تواضعَ للهِ رفعهُ اللهُ، ومن تكبَّرَ وضعهُ اللهُ، ومنِ استغنى أغْناهُ اللهُ، ومنْ أكثرَ ذكرَ اللهِ أحبَّهُ اللهُ عزّ وجلّ.
Teks Bahasa Melayu
Dua minuman di dalam satu minuman, dan dua bahan yang dihidangkan bersama roti diletakkan di dalam satu bekas yang sama?! Aku tidak berhajat kepadanya. Aku tidaklah menganggap yang ia haram. Akan tetapi aku tidak suka sekiranya Allah bertanya kepadaku tentang berlebihan dalam hal dunia pada hari kiamat kelak. Aku tawadhu’ (merendah diri) kepada Allah. Sesiapa yang tawadhu’ kepada Allah, nescaya Allah akan mengangkat darjatnya dan sesiapa yang takabbur, nescaya Allah akan merendahkan darjatnya. Sesiapa yang berasa cukup nescaya Allah akan memberi kecukupan kepadanya dan sesiapa yang banyak mengingati Allah, nescaya Allah -Azza wa Jalla- akan menyayanginya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis no. 421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: أُتي رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بقدح فيه لبن وعسل. فقال: شربتان في شربة، وإدامان في قدح؟! لا حاجة لي فيهِ، أما إني لا أزعم أنه حرام، ولكني أكره أن يسألني الله عن فضول الدنيا يوم القيامة، أتواضع لله، فمن تواضع لله رفعه الله، ومن تكبر وضعه الله، ومن استغنى أغناه الله، ومن أكثر ذكرَ الله أحبه الله -عز وجل-. [طس، ابن عساكر في ((مدح التواضع))، ((الضعيفة)) (4875)]
(Terlalu Daif) Daripada A’ishah R.Anha beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah diberikan sebuah bekas yang terdapat di dalamnya susu dan juga madu. Lalu baginda berkata: “Dua minuman di dalam satu minuman, dan dua bahan yang dihidangkan bersama roti diletakkan di dalam satu bekas yang sama?! Aku tidak berhajat kepadanya. Aku tidaklah menganggap yang ia haram. Akan tetapi aku tidak suka sekiranya Allah bertanya kepadaku tentang berlebihan dalam hal dunia pada hari kiamat kelak. Aku tawadhu’ (merendah diri) kepada Allah. Sesiapa yang tawadhu’ kepada Allah, nescaya Allah akan mengangkat darjatnya dan sesiapa yang takabbur, nescaya Allah akan merendahkan darjatnya. Sesiapa yang berasa cukup nescaya Allah akan memberi kecukupan kepadanya dan sesiapa yang banyak mengingati Allah, nescaya Allah -Azza wa Jalla- akan menyayanginya”. [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath, Ibn ‘Asakir dalam Madh al-Tawadhu’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4875]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman