Dua Malaikat peniup sangkakala yang berada di langit kedua

TEKS BAHASA ARAB

النفاخان في السماء الثانية: رأس أحدهما بالمشرق ورجلاه بالمغرب – أو قال: رأس أحدهما بالمغرب، ورجلاه بالمشرق ينتظران متى يؤمران ينفخان في الصور فينفخان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua Malaikat peniup sangkakala yang berada di langit kedua, kepala daripada salah satu malaikat itu ada di timur sedang kedua kakinya di barat, atau Baginda bersabda: Kepala daripada salah satu malaikat itu ada di barat sedang kedua kakinya di timur, mereka sedang menunggu waktu diperintahkan untuk meniup sangkakala. Apabila diperintahkan, maka mereka akan segera meniupnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1716, hadis nombor 8625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو عن النبي: (النَّفَّاخَانِ فِي السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَشْرِقِ وَرِجْلَاهُ بِالْمَغْرِبِ – أَوْ قَالَ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَغْرِبِ، وَرِجْلَاهُ بِالْمَشْرِقِ يَنْتَظِرَانِ مَتَى يُؤْمَرَانِ يَنْفُخَانِ فِي الصُّورِ فَيَنْفُخَانِ).
[حم، ((الضعيفة)) (6896)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, daripada Nabi SAW: “Dua Malaikat peniup sangkakala yang berada di langit kedua, kepala daripada salah satu malaikat itu ada di timur sedang kedua kakinya di barat, atau Baginda bersabda: Kepala daripada salah satu malaikat itu ada di barat sedang kedua kakinya di timur, mereka sedang menunggu waktu diperintahkan untuk meniup sangkakala. Apabila diperintahkan, maka mereka akan segera meniupnya.” [Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6896]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.