Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّفَّاخَانِ فِي السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَشْرِقِ وَرِجْلَاهُ بِالْمَغْرِبِ - أَوْ قَالَ: رَأْسُ أَحَدِهِمَا بِالْمَغْرِبِ، وَرِجْلَاهُ بِالْمَشْرِقِ يَنْتَظِرَانِ مَتَى يُؤْمَرَانِ يَنْفُخَانِ فِي الصُّورِ فَيَنْفُخَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua (malaikat) peniup sangkakala berada di langit kedua: Kepala salah satunya berada di timur dan kedua kakinya berada di barat, atau Baginda bersabda: Kepala salah satunya berada di barat dan kedua kakinya berada di timur, kedua-dua mereka menunggu waktu diperintahkan untuk meniup sangkakala. Apabila diperintahkan, maka mereka akan segera meniupnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1396, hadis no. 7085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA daripada Nabi SAW: Dua (malaikat) peniup sangkakala berada di langit kedua: Kepala salah satunya berada di timur dan kedua kakinya berada di barat, atau Baginda bersabda: Kepala salah satunya berada di barat dan kedua kakinya berada di timur, kedua-dua mereka menunggu waktu diperintahkan untuk meniup sangkakala. Apabila diperintahkan, maka mereka akan segera meniupnya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6896]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman