Dua lelaki sedang berlutut dihadapan Tuhan Yang Maha Mulia

TEKS BAHASA ARAB

رجلان جثيا بين يدي رب العزة عز وجل. فقال أحدهما: خذ لي بمظلمتي من أخي فقال عز وجل للطالب: كيف تصنع بأخيك ولم يبق من حسناته شيء قال: يا رب فيحمل من أوزاري. ففاضت عينا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بالبكاء ثم قال: إن ذلك ليوم عظيم يحتاج فيه الناس إلى من يحمل عنهم أوزارهم . فقال الله عز وجل للطالب: ارفع بصرك فانظر في الجنان. فرفع رأسه فقال: أرى مدائن من فضة وقصورا من ذهب مكللة باللؤلؤ لأي نبي هذا؟ لأي صديق هذا؟ لأي شهيد هذا قال: لمن أعطاني الثمن. قال: يا رب. ومن يملك الثمن قال: أنت تملك. قال: بم قال: بعفوك عن أخيك. قال: يا رب قد عفوت عنه. فيقول: خذ بيد أخيك وأدخله الجنة. فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فاتقوا الله، وأصلحوا ذات بينكم فإن الله يصلح بين المؤمنين يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua lelaki sedang berlutut dihadapan Tuhan Yang Maha Mulia.Salah seorang mereka berkata: Ambilkanlah untukku pahala kerana kezaliman terhadapku daripada saudaraku. Allah ‘Azzawajalla pun berfirman kepada si peminta tadi: Bagaimana kamu mahu lakukan terhadap saudaramu, kerana sudah tidak berbaki apa lagi kebaikannya?. Lelaki itu pun berkata: Wahai Tuhanku, pikulkanlah sebahagian daripada dosa-dosaku. Lalu kedua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata kerana menangis. Kemudian, Baginda bersabda: Sesungguhnya hari itu adalah benar-benar hari yang sangat berat. Hari itu, manusia memerlukan orang-orang yang akan menanggung dosa-dosanya. Lalu Allah ‘azzawajallah berfirman kepada si penuntut tadi: Angkatlah pandanganmu! Lihatlah kepada syurga. Dia pun mengangkat kepalanya lalu berkata: Aku sedang melihat kota-kota daripada perak dan istana-istana daripada emas yang dihiasi dengan batu permata. Milik Nabi manakah ini? Untuk siddiq manakah ini? Untuk syahid manakah ini? Allah berfirman: Untuk orang yang sanggup membayarnya kepadaKu. Lelaki itu bertanya: Wahai Tuhan, siapakah yang memiliki bayarannya?. Allah berfirman: Kamu memiliki bayarannya. Lelaki itu bertanya lagi: Dengan apa bayarannya?. Allah menjawab: Dengan kemaafanmu kepada saudaramu. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhan, aku telah memberikan kemaafan kepadanya. Allah pun berfirman: Peganglah tangannya dan masukkanlah dia ke dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dan perelokkanlah hubungan sesama kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki hubungan sesama orang-orang beriman pada Hari Kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 112-113, hadis nombor 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو يعلى في مسنده كما في ابن كثير (3/ 550- 551) والبخاري في الكبير (2/ 1/ 459) إشارة وابن أبي الدنيا في حسن الظن بالله (66/ 116) وابن أبي داود فيالبعث (32) والحاكم (4/ 576) والبيهقي في البعث كما في الترغيب (3/ 210) والخرائطي في المكارم كما في المغني (2/ 199) للعراقي من طريق عبد الله بن بكر، ثنا عباد بن شيبة عن سعيد بن أنس عن أنس بن مالك قال: بينما رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم جالس إذ رأيناه ضحك، حتى بدت ثناياه. فقال عمر: ما أضحكك يا رسول الله. بأبي أنت وأمي قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ? فذكره. قال الحاكم: صحيح الإسناد. فقال المنذري: كذا قال يعني يستنكره عليه وكذلك فعل الذهبي، فقال متعقبا له: عباد ضعيف وشيخه لا يعرف. أما عباد فقد قال ابن حبان في المجروحين (2/ 171) : منكر الحديث جدا على قلة روايته لا يجوز الاحتجاج به لما انفرد به من المناكير. وأما سعيد بن أنس فإنه لا يعرف كما قال الذهبي. وقال البخاري عند الإشارة إلى الحديث في ترجمته: لا يتابع عليه. ونقله ابن عدي في الكامل (3/ 1243) عن البخاري وأقره. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad beliau sebagaimana dalam Ibn Kathir (3/550-551), al-Bukhari dalam al-Kabir (2/1/459) secara isyarat, Ibn Abi al-Dunya dalam Husn al-Zan Bi Allah (66/116), Ibn Abi Dawud dalam al-Ba’th (32), al-Hakim (4/576), al-Baihaqi dalam al-Ba’th sebagaimana dalam al-Targhib (3/210), al-Khara’eiti dalam al-Makarim sebagaimana dalam al-Mughni (2/199) oleh al-‘Iraqi, melalui sanad Abd Allah bin Bakr, katanya: ‘Abbad bin Shaybah telah menceritakan kepada kami daripada Sa’id bin Anas daripada Anas bin Malik, katanya: “Ketika Rasulullah SAW sedang duduk, tiba-tiba kami melihat Baginda SAW tertawa hingga kelihatan dua gigi seri Baginda SAW. Lalu ‘Umar pun bertanya: "Apakah yang menyebabkan anda tertawa, wahai Rasulullah – demi ayah dan ibuku sebagai tebusan untukmu ?". Lalu Rasulullah SAW bersabda…….beliau pun menyebutkan hadith itu”. Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih". Al-Munziri pula berkata: "Begitulah kata beliau", iaitu sebagai mengingkari penilaian al-Hakim. Demikian juga yang dilakukan oleh al-Zahabi, beliau berkata sebagai komentar terhadap al-Hakim: "Abbad seorang yang dha’if, manakala gurunya pula tidak dikenali".
Adapun tentang ‘Abbad, Ibn Hibban berkata dalam al-Majruhin (2/171): "Terlalu munkar hadith beliau sedangkan riwayatnya hanyalah sedikit, tidak boleh berhujjah dengan (riwayat) beliau kerana beliau bersendirian meriwayatkan riwayat-riwayat yang munkar". Manakala, Sa’id bin Anas pula, beliau tidak dikenali sebagaimana disebutkan oleh al-Zahabi. Al-Bukhari berkata ketika mengisyaratkan kepada hadith ini dalam biografi beliau (Sa’id): "Tidak ada sokongan bagi (riwayat) beliau". Ibn ‘Adi turut menukilkannya dalam al-Kamil (3/1243) daripada al-Bukhari dan beliau menyetujuinya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs