Dua lebih baik berbanding satu, tiga lebih baik berbanding dua, dan empat lebih baik berbanding tiga

TEKS BAHASA ARAB

اثنان خير من واحد، وثلاث خير من اثنين، وأربعة خير من ثلاثة، فعليكم بالجماعة، فإن الله -عز وجل- لن يجمع أمتي على ضلالة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua lebih baik berbanding satu, tiga lebih baik berbanding dua, dan empat lebih baik berbanding tiga. Maka hendaklah kalian dengan jemaah, kerana Allah ‘Azza wa Jalla tidak sekali-kali akan menghimpunkan umatku dalam kesesatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1979, hadis nombor 9901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي ذر -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((اثنان خير من واحد، وثلاث خير من اثنين، وأربعة خير من ثلاثة، فعليكم بالجماعة، فإن الله -عز وجل- لن يجمع أمتي على ضلالة)).
[عم، ((الضعيفة)) (1797)]

(Palsu) Daripada Abū Dzar RA, daripada Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda: Dua lebih baik berbanding satu, tiga lebih baik berbanding dua, dan empat lebih baik berbanding tiga. Maka hendaklah kalian dengan jemaah, kerana Allah ‘Azza wa Jalla tidak sekali-kali akan menghimpunkan umatku dalam kesesatan.
[Riwayat ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1797]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs