Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua lauk dalam satu bekas! Aku tidak memakannya namun aku tidak pula mengharamkannya

Teks Bahasa Arab

أُدُمَانِ في إناءٍ! لا آكُلُهُ ولا أُحَرِّمُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Dua lauk dalam satu bekas! Aku tidak memakannya namun aku tidak pula mengharamkannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: أتي النبي ﷺ بقعب أو قدح فيه لبن وعسل، فقال: «أدمان في إناء! لا أكله ولا أحرمه». [ك، الضياء، «الضعيفة» (2182)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Dibawa kepada Nabi ﷺ satu bekas besar atau bekas yang mengandungi susu dan madu, lalu baginda bersabda: "Dua lauk dalam satu bekas! Aku tidak memakannya namun aku tidak pula mengharamkannya". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2182].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.