Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أميرانِ وليسا بأميرينِ: الرجلُ يتبعُ الجنازةَ فلا ينصرفُ حتى يستأذنَ، والمرأةُ تكونُ مع القومِ فتحيضُ فلا ينفرُوا حتى تطهُرَ.
Teks Bahasa Melayu
Dua ketua tetapi bukan dua ketua: Lelaki yang mengikut jenazah dan dia tidak pergi sehingga meminta izin dan juga wanita bersama sesuatu kaum lalu dia haid. Maka mereka tidak beredar sehingga dia suci.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1731, hadis no. 8711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أميران وليسا بأميرين: الرجل يتبع الجنازة فلا ينصرف حتى يستأذن، والمرأة تكون مع القوم فتحيض فلا ينفروا حتى تطهر.)) [عق، ((الضعيفة)) (2942)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Dua ketua tetapi bukan dua ketua: Lelaki yang mengikut jenazah dan dia tidak pergi sehingga meminta izin dan juga wanita bersama sesuatu kaum lalu dia haid. Maka mereka tidak beredar sehingga dia suci.)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2942].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman