Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا تَحَابَّ رَجُلانِ فِي اللَّهِ؛ إِلا وَضَعَ اللَّهُ لَهُمَا كُرْسِيّاً فَأُجْلِسَا عَلَيْهِ، حَتَّى يَفْرُغَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ الْحِسَابِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah dua orang lelaki saling mengasihi kerana Allah, melainkan Allah akan meletakkan dua kerusi untuk mereka berdua duduk di atasnya hingga Allah selesai hisab (perhitungan).
Sahabat Perawi
- Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1382, hadis no. 7029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( موضوع) عن أبي عبيدة بن الجراح رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما تحاب رجلان في الله؛ إلا وضع الله لهما كرسيا فأجلسا عليه، حتى يفرغ الله عز وجل من الحساب. [طب، ((الضعيفة)) (6495)]
(Palsu) Daripada Abi 'Ubaidah bin al-Jarrah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah dua orang lelaki saling mengasihi kerana Allah, melainkan Allah akan meletakkan dua kerusi untuk mereka berdua duduk di atasnya hingga Allah selesai hisab (perhitungan). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6495]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman