Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
غَشِيَتكمُ السَّكرتانِ: سَكرَةُ الجهلِ، وسَكرةُ حُبِّ العيشِ، فعندَ ذلك لا تَأمُرون بمعروفٍ، ولا تنهَونَ عنِ منكرِ، والقائمون بالكِتابِ والسُّنةِ كالسَّابقينَ الأوَّلينَ مِنَ المُهاجرينَ والأنصارِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua kemabukan yang menutupi kamu, iaitu; Mabuk kejahilan dan mabuk cintakan kehidupan. Ketika itu, kamu tidak lagi akan menyuruh perkara makruf dan tidak lagi akan menegah daripada perkara mungkar. Orang yang menegakkan Kitab dan Sunnah seperti orang yang awal-awal memeluk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1272, hadis no. 6515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعاً: غشيتكم السكرتان: سكرة الجهل، وسكرة حب العيش، فعند ذلك لا تأمرون بمعروف، ولا تنهون عن منكر، والقائمون بالكتاب والسنة كالسابقين الأولين من المهاجرين والأنصار. [حل، ((الضعيفة)) (3959)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua kemabukan yang menutupi kamu, iaitu; Mabuk kejahilan dan mabuk cintakan kehidupan. Ketika itu, kamu tidak lagi akan menyuruh perkara makruf dan tidak lagi akan menegah daripada perkara mungkar. Orang yang menegakkan Kitab dan Sunnah seperti orang yang awal-awal memeluk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3959]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman