TEKS BAHASA ARAB
كلمتان إحداهما ليس لها ناهية (!) دون العرش، والأخرى تملأ ما بين السماء والأرض: لا إله إلا الله، والله أكبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua kalimah yang salah satunya tiada penghujung baginya (!) sehingga di bawah Arasy. Manakala yang satu lagi pula memenuhi antara langit dan bumi: (Iaitu) tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 578, hadis nombor 2975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ بن رافع، كنت في مجلس فيه عبد الله (الأصل: عبد الرحمن) ابن عمر، وعبد الله بن جعفر، وعبد الرحمن بن أبي عمرة، فقال ابن أبي عمرة: سمعت معاذ بن جبل يقول: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «كَلِمَتَانِ إِحْدَاهُمَا لَيْسَ لَهَا نَاهِيَةٌ (!) دُونَ الْعَرْشِ، وَالأُخْرَى تَمْلأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ». فقال ابن عمر لابن أبي عمرة: أنت سمعته يقول ذلك؟ قال: نعم. قال: فبكى عبد الله بن عمر حتى اختضبت لحيته بدموعه، ثم قال: هما كلمتان نعلقهما ونألفهما. [طب، «الضعيفة» (6621)].
(Munkar) Daripada Mu’adz bin Rafi’, beliau berkata: Aku pernah berada dalam majlis padanya ada Abdullah (asalnya: ‘Abd al-Rahman) bin Umar, Abdullah bin Ja’far dan ‘Abd al-Rahman bin Abi ‘Amrah. Ibn Abi ‘Amrah berkata: Aku mendengar Mu’adz bin Jabal berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Dua kalimah yang salah satunya tiada penghujung baginya (!) sehingga di bawah Arasy. Manakala yang satu lagi pula memenuhi antara langit dan bumi: (Iaitu) tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar". Lalu Ibn Umar bertanya kepada Ibn Abi ‘Amrah: "Kamu mendengar beliau berkata begitu?". Beliau menjawab: "Ya". Lalu Abdullah bin Umar menangis sehingga basah janggutnya dengan air matanya, kemudian beliau berkata: "Itulah dua kalimah yang kami pegang dan kami peliharanya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6621].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.