Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Dua kalimah perkataan salah satunya tiada yang menghalang melainkan ‘Arash dan satu lagi memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi

Teks Bahasa Arab

كلمتانِ إحداهما ليس لها ناهيةٌ دونَ العرشِ، والأخرى تملأُ ما بين السماءِ والأرضِ: لا إله إلا اللهُ، والله أكبرُ.

Teks Bahasa Melayu

Dua kalimah (perkataan) salah satunya tiada yang menghalangnya melainkan ‘Arash dan satu lagi memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, (iaitu): "Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar." Kata Ibn Umar kepada Ibn Abi ‘Amrah: Kamu dengar Baginda mengatakan sedemikian? Jawabnya: Ya. Katanya: Maka menangislah Abdullah bin Umar sehingga basah janggutnya dengan air matanya. Kemudian dia berkata: Dua perkataan ini kami akan laziminya.

Sahabat Perawi

  1. Muaz bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1592, hadis no. 8043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن معاذ بن عبد الله ابن رافع حدثه قال: كنت في مجلس فيه عبد الله (الأصل: عبد الرحمن) بن عمر، وعبد الله بن جعفر، وعبد الرحمن بن أبي عمرة، فقال ابن أبي عمرة: سمعت معاذ بن جبل يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((كلمتان إحداهما ليس لها ناهية دون العرش، والأخرى تملأ ما بين السماء والأرض: لا إله إلا الله، والله أكبر)). فقال ابن عمر لابن أبي عمرة: أنت سمعته يقول ذلك؟ قال: نعم. قال: فبكى عبد الله بن عمر حتى اختضبت لحيته بدموعه، ثم قال: هما كلمتان نغلقهما ونألفهما.

(Munkar) Daripada Mu’az bin Rafi’ berkata: Aku berada dalam majlis yang mana di dalamnya terdapat Abdullah (asal: Abd al-Rahman) bin Umar, Abdullah bin Ja’far, Abd al-Rahman bin Abi ‘Amrah. Ibn Abi ‘Amrah telah berkata: Aku telah mendengar Mu’az berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Dua kalimah (perkataan) salah satunya tiada yang menghalangnya melainkan ‘Arash dan satu lagi memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, (iaitu): "Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar." Kata Ibn Umar kepada Ibn Abi ‘Amrah: Kamu dengar Baginda mengatakan sedemikian? Jawabnya: Ya. Katanya: Maka menangislah Abdullah bin Umar sehingga basah janggutnya dengan air matanya. Kemudian dia berkata: Keduanya adalah kalimah yang kami laziminya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6621].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.