Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سجدتا السَّهوِ بعدَ التسليمِ، وفيهما تشهُّدٌ وسلامٌ.
Teks Bahasa Melayu
Dua (kali) sujud sahwi itu dilakukan selepas salam, yang mana pada keduanya ada tasyahhud dan juga satu salam.
Sahabat Perawi
- ‘Abdillah bin Mas‘ud RA
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 283, hadis no. 1473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة و عبدالله بن مسعود - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((سجدتا السهو بعد التسليم، وفيهما تشهد وسلام)). [فر، ((الضعيفة)) (3698)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah dan juga daripada ‘Abdillah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua (kali) sujud sahwi itu dilakukan selepas salam, yang mana pada keduanya ada tasyahhud dan juga satu salam. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3698]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman