Dua jenis yang Allah muliakan kedua-duanya di dunia dan akhirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نوعان أكرمهما الله تعالى في الدنيا والآخرة الذهب والفضة فجعلهما شرفا لأهل الدنيا في دنياهم وزينة لأهل الآخرة في آخرتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua jenis yang Allah muliakan kedua-duanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak. Maka Dia menjadikan kedua-duanya kemuliaan untuk ahli dunia di dunia mereka dan perhiasan untuk ahli akhirat di akhirat mereka.

STATUS

Terdapat perawi lemah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل صهيب رفعه «نوعان أكرمهما الله تعالى في الدنيا والآخرة الذهب والفضة فجعلهما شرفا لأهل الدنيا في دنياهم وزينة لأهل الآخرة في آخرتهم» فيه دفاع ضعيف.

Dalam kitab al-Dzayl, Suhaib menjadikannya marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Dua jenis yang Allah muliakan kedua-duanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak. Maka Dia menjadikan kedua-duanya kemuliaan untuk ahli dunia di dunia mereka dan perhiasan untuk ahli akhirat di akhirat mereka." Pada sanad hadis ini, terdapat Difa’, seorang perawi yang daif.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.