TEKS BAHASA ARAB
عليكم بالشفاءين: العسل والقرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kamu berpegang dengan dua jenis penyembuh (penawar), iaitu madu dan al-Qur’an.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis nombor 7243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: عليكم بالشفاءين: العسل والقرآن.
[هـ، ك، عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1514)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berpegang dengan dua jenis penyembuh (penawar), iaitu madu dan al-Qur’an.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn 'Adi al-Kamil fi al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1514]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.