Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بالشِّفاءَيْن: العَسَلُ والقرآنُ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berpegang dengan dua jenis penyembuh (penawar), iaitu madu dan al-Qur'an.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis no. 7243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: عليكم بالشفاءين: العسل والقرآن. [هـ، ك، عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1514)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berpegang dengan dua jenis penyembuh (penawar), iaitu madu dan al-Qur'an. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn 'Adi al-Kamil fi al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1514]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman