Dua jenis minuman dalam satu minuman dan dua lauk di dalam satu bekas?!

TEKS BAHASA ARAB

شربتان في شربة، وإدامان في قدح؟! لا حاجة لي فيه، أما إني لا أزعم أنه حرام، ولكني أكره أن يسألني الله عن فضول الدنيا يوم القيامة، أتواضع لله، فمن تواضع لله رفعه الله، ومن تكبر وضعه الله، ومن استغنى أغناه الله، ومن أكثر ذكر الله أحبه الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua jenis minuman dalam satu minuman dan dua lauk di dalam satu bekas?! Aku tidak berhajat kepadanya. Sesungguhnya aku tidak menganggapnya haram, namun aku tidak suka Allah bertanya kepadaku tentang lebihan-lebihan dunia pada hari kiamat. Aku bersikap tawaduk kepada Allah. Barang siapa yang bersikap tawaduk kepada Allah, nescaya Allah akan mengangkat (darjatnya). Manakala barang siapa yang bersikap takbur, nescaya Allah akan mencampakkannya. Barang siapa yang merasa cukup, nescaya Allah akan mencukupkannya. Manakala barang siapa yang memperbanyakkan zikir kepada Allah, nescaya Allah Azzawajalla akan menjadikan dia disukai.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 411, hadis nombor 2211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: أتي رسول الله ﷺ بقدح فيه لبن وعسل. فقال: «شَربتانِ في شربةٍ، وإدامانِ في قدحٍ؟! لا حاجةَ لي فيهِ، أما إني لا أزعمُ أنهُ حرامٌ، ولكني أكرهُ أنْ يسألَني اللهُ عنْ فضولِ الدنيا يومَ القيامةِ، أتواضعُ للهِ، فمنْ تواضعَ للهِ رفعهُ اللهُ، ومن تكبَّرَ وضعهُ اللهُ، ومنِ استغنى أغْناهُ اللهُ، ومنْ أكثرَ ذكرَ اللهِ أحبَّهُ اللهُ – عز وجل -». [طس، الطبراني في «مدح التواضع»، «الضعيفة» (4875)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Sebuah bekas telah dibawakan kepada Rasulullah ﷺ yang di dalamnya terdapat susu dan madu. Lalu Baginda bersabda: "Dua jenis minuman dalam satu minuman dan dua lauk di dalam satu bekas?! Aku tidak berhajat kepadanya. Sesungguhnya aku tidak menganggapnya haram, namun aku tidak suka Allah bertanya kepadaku tentang lebihan-lebihan dunia pada hari kiamat. Aku bersikap tawaduk kepada Allah. Barang siapa yang bersikap tawaduk kepada Allah, nescaya Allah akan mengangkat (darjatnya). Manakala barang siapa yang bersikap takbur, nescaya Allah akan mencampakkannya. Barang siapa yang merasa cukup, nescaya Allah akan mencukupkannya. Manakala barang siapa yang memperbanyakkan zikir kepada Allah, nescaya Allah Azzawajalla akan menjadikan dia disukai". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Ibn 'Asākir dalam Madḥ al-Tawāḍu‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4875].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs