TEKS BAHASA ARAB
خطوتان: إحداهما أحب الخطا إلى الله، والأخرى أبغض الخطا إلى الله، فأما الخطوة التي يحبها الله عز وجل؛ فرجل نظر إلى خلل في الصف فسده، وأما التي يبغض الله؛ فإذا أراد الرجل أن يقوم مد رجله اليمنى، ووضع يده عليها،وأثبت اليسرى، ثم قام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua jenis langkahan, salah satunya ialah langkah yang paling dicintai Allah dan satu lagi langkah yang paling dibenci Allah. Adapun langkah yang dicintai Allah Azzawajalla ialah seorang lelaki yang melihat ruang kosong pada saf, lalu dia memenuhkannya. Manakala langkah yang dibenci Allah, apabila seorang lelaki ingin bangun dia melunjurkan kaki kanannya, kemudian dia meletakkan tangannya di atasnya dan dia pasakkan (kaki) yang kiri, kemudian dia bangun.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 305, hadis nombor 1612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خطوتان: إحداهما أحب الخطا إلى الله، والأخرى أبغض الخطا إلى الله، فأما الخطوة التي يحبها الله عز وجل؛ فرجل نظر إلى خلل في الصف فسده، وأما التي يبغض الله؛ فإذا أراد الرجل أن يقوم مد رجله اليمنى، ووضع يده عليها،وأثبت اليسرى، ثم قام)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (5283)].
(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Dua jenis langkahan, salah satunya ialah langkah yang paling dicintai Allah dan satu lagi langkah yang paling dibenci Allah. Adapun langkah yang dicintai Allah Azzawajalla ialah seorang lelaki yang melihat ruang kosong pada saf, lalu dia memenuhkannya. Manakala langkah yang dibenci Allah, apabila seorang lelaki ingin bangun dia melunjurkan kaki kanannya, kemudian dia meletakkan tangannya di atasnya dan dia pasakkan (kaki) yang kiri, kemudian dia bangun.” [Riwayat al-Hakim dan al-Bayhaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5283].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.