Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُطْوَتَانِ: إِحْدَاهُمَا أَحَبُّ الخُطَا إِلَى اللهِ، وَالْأُخْرَى أَبْغَضُ الخُطَا إِلَى اللهِ، فَأَمَّا الْخُطْوَةُ الَّتِي يُحِبُّهَا اللهُ عَزَّ وَجَلَّ؛ فَرَجُلٌ نَظَرَ إِلَى خَلَلٍ فِي الصَّفِّ فَسَدَّهُ، وَأَمَّا الَّتِي يبغضُ اللهُ؛ فَإِذَا أَرَادَ الرَّجُلُ أَنْ يَقُومَ مَدَّ رِجْلَهُ الْيُمْنَى، وَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهَا،وَأَثْبَتَ اليُسْرَى، ثُمَّ قَامَ.
Teks Bahasa Melayu
Dua jenis langkahan, salah satunya ialah langkah yang paling dicintai Allah dan satu lagi langkah yang paling dibenci Allah. Adapun langkah yang dicintai Allah Azzawajalla ialah seorang lelaki yang melihat ruang kosong pada saf, lalu dia memenuhkannya. Manakala langkah yang dibenci Allah, apabila seorang lelaki ingin bangun dia melunjurkan kaki kanannya, kemudian dia meletakkan tangannya di atasnya dan dia pasakkan (kaki) yang kiri, kemudian dia bangun.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 305, hadis no. 1612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خطوتان: إحداهما أحب الخطا إلى الله، والأخرى أبغض الخطا إلى الله، فأما الخطوة التي يحبها الله عز وجل؛ فرجل نظر إلى خلل في الصف فسده، وأما التي يبغض الله؛ فإذا أراد الرجل أن يقوم مد رجله اليمنى، ووضع يده عليها،وأثبت اليسرى، ثم قام)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (5283)].
(Daif) Daripada Mu'az bin Jabal RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Dua jenis langkahan, salah satunya ialah langkah yang paling dicintai Allah dan satu lagi langkah yang paling dibenci Allah. Adapun langkah yang dicintai Allah Azzawajalla ialah seorang lelaki yang melihat ruang kosong pada saf, lalu dia memenuhkannya. Manakala langkah yang dibenci Allah, apabila seorang lelaki ingin bangun dia melunjurkan kaki kanannya, kemudian dia meletakkan tangannya di atasnya dan dia pasakkan (kaki) yang kiri, kemudian dia bangun.” [Riwayat al-Hakim dan al-Bayhaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5283].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman