Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua jenis kemabukan akan menyelubungi umat Islam

Teks Bahasa Arab

غَشِيَتكمُ السَّكرتانِ: سَكرَةُ الجهلِ، وسَكرةُ حُبِّ العيشِ فعندَ ذلك لا تَأمُرون بمعروفٍ، ولا تنهَونَ عنِ منكرِ والقائمون بالكِتابِ والسُّنةِ كالسَّابقينَ الأوَّلينَ مِنَ المُهاجرينَ والأنصار.

Teks Bahasa Melayu

Dua jenis kemabukan akan menyelubungi kamu, iaitu mabuk kepada perkara jahil dan mabuk cinta akan kehidupan dunia. Ketika hal itu terjadi, kamu tidak akan menyuruh kepada kebaikan dan kamu tidak akan menegah kemungkaran. Orang-orang yang menegakkan al-Kitab dan al-Sunnah ketika itu adalah seperti golongan terawal memeluk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1333, hadis no. 6813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: غشيتكم السكرتان: سكرة الجهل، وسكرة حب العيش، فعند ذلك لا تأمرون بمعروف، ولا تنهون عن منكر، والقائمون بالكتاب والسنة كالسابقين الأولين من المهاجرين والأنصار. [حل، ((الضعيفة)) (3959)]

(Lemah) Daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua jenis kemabukan akan menyelubungi kamu, iaitu mabuk kepada perkara jahil dan mabuk cinta akan kehidupan dunia. Ketika hal itu terjadi, kamu tidak akan menyuruh kepada kebaikan dan kamu tidak akan menegah kemungkaran. Orang-orang yang menegakkan al-Kitab dan al-Sunnah ketika itu adalah seperti golongan terawal memeluk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Ḥilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3959]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.