Dua jenis dalam kalangan umatku, apabila keduanya elok maka elok jugalah manusia lain iaitu pemerintah dan fuqaha'

TEKS BAHASA ARAB

صنفان من أمتي إذا صلحا صلح الناس: الأمراء والفقهاء، [وفي رواية: العلماء].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua jenis dalam kalangan umatku, apabila keduanya elok maka elok jugalah manusia lain iaitu pemerintah dan fuqaha’ [Dalam riwayat menyebutkan: Ulama’].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis nombor 6263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: صنفان من أمتي إذا صلحا صلح الناس: الأمراء والفقهاء، [وفي رواية: العلماء].
[تمام، حل، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (16)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua jenis dalam kalangan umatku, apabila keduanya elok maka elok jugalah manusia lain iaitu pemerintah dan fuqaha’ [Dalam riwayat menyebutkan: Ulama’].
[Riwayat Tammam, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’, Ibn ‘Abd al-Bar dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 16].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs