Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صِنْفانِ من أُمَّتي إذا صَلَحا صَلَح الناسُ: الأمراءُ والفقهاءُ، [وفي رواية: العلماء].
Teks Bahasa Melayu
Dua jenis dalam kalangan umatku, apabila keduanya elok maka elok jugalah manusia lain iaitu pemerintah dan fuqaha' [Dalam riwayat menyebutkan: Ulama'].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis no. 6263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: صنفان من أمتي إذا صلحا صلح الناس: الأمراء والفقهاء، [وفي رواية: العلماء]. [تمام، حل، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (16)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua jenis dalam kalangan umatku, apabila keduanya elok maka elok jugalah manusia lain iaitu pemerintah dan fuqaha' [Dalam riwayat menyebutkan: Ulama']. [Riwayat Tammam, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 16].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman