Dua jenis benda yang Allah muliakan keduanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نوعان أكرمهما الله في الدنيا والآخرة: الذهب والفضة فجعلهما شرفا لأهل الدنيا في دنياهم وزينة لأهل الآخرة في آخرتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dua jenis benda yang Allah muliakan keduanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak, Allah jadikan keduanya sebagai kemuliaan bagi penduduk dunia di dunia mereka, dan sebagai perhiasan untuk penduduk akhirat di akhirat mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 154, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل وقال: فيه ضعف.

Al-Suyuthi menyebutkannya di dalam kitab al-Zail dan dia menyatakan: Padanya seorang perawi daif.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs