Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua jenis benda yang Allah muliakan keduanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak

Teks Bahasa Arab

حديث: نَوْعَانِ أَكْرَمَهُمَا اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ: الذَّهَبُ وَالْفِضَّةُ فَجَعَلَهُمَا شَرَفًا لأَهْلِ الدُّنْيَا فِي دُنْيَاهُمْ وَزِينَةً لأَهْلِ الآخِرَةِ فِي آخِرَتِهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Dua jenis benda yang Allah muliakan keduanya di dunia dan akhirat iaitu emas dan perak, Allah jadikan keduanya sebagai kemuliaan bagi penduduk dunia di dunia mereka, dan sebagai perhiasan untuk penduduk akhirat di akhirat mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 154, hadis no. 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل وقال: فيه ضعف.

Al-Suyuthi menyebutkannya di dalam kitab al-Zail dan dia menyatakan: Padanya seorang perawi daif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.