Dua jenis air yang tidak sah digunakan untuk mandi Janabah

TEKS BAHASA ARAB

قول أبي هريرة: مَاءَانِ لا يُجْزِيَانِ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ؛ مَاءُ الْبَحْرِ وَمَاءُ الْحَمَّام.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Kata-kata Abu Hurairah: “Dua jenis air yang tidak sah digunakan untuk mandi Janabah iaitu air laut dan air di dalam tempat mandian”


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال الجوزقاني: باطل تفرد به محمد بن المهاجر أيضا، وكان يضع الحديث، واستدركه السيوطي بأنه أخرجه ابن أبي شيبة في مصنفه، بإسناد ليس فيه

Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini batil, kerana Muhammad bin al-Muhajir juga berseorangan meriwayatkannya, beliau adalah seorang pereka hadith, al-Suyuti menyatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf dengan sanad tanpa perawi bernama Muhammad bin al-Muhajir, Abdul al-Razaq juga meriwayatkan daripada perkataan Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs